School Icon. School Symbol. School Flat Icon.

sekolah kebangsaan senai

Informasi Terkini

81400 senai, johor.

Buletin Sekolah

Buletin Sekolah

dari TVPSS Senai Kreative Studio (SKSTV)

Mobile Planetarium SK Senai

15 Julai 2024​

Mobile Planetarium hadir di SK Senai! Pengalaman unik ini membawa anak-anak ke alam semesta ​yang luas, memupuk minat mereka terhadap astronomi dan sains angkasa.


𝗞𝗿𝘂 𝗦𝗞𝗦𝗧𝗩 𝗯𝗲𝗿𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀:

𝗔𝗗𝗥𝗜𝗔𝗡𝗔 𝗔𝗙𝗜𝗤𝗔𝗛 𝗕𝗜𝗡𝗧𝗜 𝗭𝗔𝗠𝗥𝗜𝗘 𝟲𝗘

𝗙𝗔𝗥𝗜𝗦𝗛𝗔 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗜 𝗕𝗜𝗡𝗧𝗜 𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗙𝗔𝗡𝗗𝗜 𝟲𝗕



Pr​ogram Kelestarian SK Senai

15 Julai 2024

Pendidikan Kelestarian di SK Senai memainkan peranan penting dalam ​membentuk minda dan sikap positif terhadap alam sekitar. Melalui program ini, ​murid-murid belajar tentang kitar semula, penjimatan tenaga, dan cara-cara lain ​untuk melindungi planet kita.


𝗞𝗿𝘂 𝗦𝗞𝗦𝗧𝗩 𝗕𝗲𝗿𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀:

𝟭. 𝗔𝘇𝘇𝗮𝗵𝗿𝗮 𝗠𝗮𝗶𝘀𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗠𝗮𝘄𝗮𝗿𝗱𝗶 𝟱𝗕

𝟮. 𝗨𝗺𝗺𝗶 𝗞𝗵𝗮𝗹𝗶𝗳𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗠𝘂𝘀𝗹𝗶𝗵 𝟱𝗚


Program Pencegahan Dadah S​K Senai

14 Julai 202​4

𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝘀𝗮𝗵 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗗𝗲𝗽𝗮𝗻 𝗖𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗗𝗮𝗱𝗮𝗵

Program pencegahan anti dadah di sekolah rendah bukan sekadar aktiviti. Ia adalah langkah ​penting untuk melindungi masa depan anak-anak kita. Bersama-sama, kita dapat membentuk ​generasi bebas dadah!



Kru SKSTV :

𝗔𝘇𝘇𝗮𝗵𝗿𝗮 𝗠𝗮𝗶𝘀𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗠𝗮𝘄𝗮𝗿𝗱𝗶 𝟱𝗕

𝗨𝗺𝗺𝗶 𝗞𝗵𝗮𝗹𝗶𝗳𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗠𝘂𝘀𝗹𝗶𝗵 𝟱𝗚


Tips Menjawab Kertas Matematik Tahun 6

5 Julai 202​4

Pada tanggal 04/07/2024, SK Senai amat berbesar hati telah menjemput 𝘌𝘯 𝘎𝘢𝘯𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘈𝘤𝘦 ​𝘈𝘤𝘢𝘥𝘦𝘮𝘺 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢. Beliau telah melakukan sesi khas penerangan 𝗧𝗶𝗽𝘀 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝗞𝗲𝗿𝘁𝗮𝘀 𝗠𝗮𝘁𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗸 ​𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟲 kepada murid-murid Tahun 6 sebagai motivasi dah teknik menjawab untuk menjadikan ​Matematik subjek yang mudah!


Kru SKSTV :

𝗣𝗻 𝗡𝘂𝗿 𝗜𝘇𝘇𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗕𝗼𝗿𝗵𝗮𝗻


Mahrajan Al-Quran S​ekolah-Sekolah KPM

6 Julai 202​4

Pada 1 & 2 Julai yang lalu, SK Senai telah menghantar penyertaan murid ke 𝑴𝒂𝒉𝒓𝒂𝒋𝒂𝒏 𝑨𝒍-​𝑸𝒖𝒓𝒂𝒏 𝑺𝒆𝒌𝒐𝒍𝒂𝒉-𝑺𝒆𝒌𝒐𝒍𝒂𝒉 𝑲𝑷𝑴 (𝑴𝑸𝑺𝑺) peringkat daerah Kulai yang bertempat di SK Pulai ​Emas


Kru SKSTV :

Nur Adriana (6G)

Alia Maisarah binti Lias (6G)


Dyson Foundation Challenge C​ards

30 Jun 2024​

𝐷𝑦𝑠𝑜𝑛 𝐶ℎ𝑎𝑙𝑙𝑒𝑛𝑔𝑒 𝐶𝑎𝑟𝑑𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑒𝑑𝑢𝑐𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛𝑎𝑙 𝑡𝑜𝑜𝑙𝑠 𝑑𝑒𝑠𝑖𝑔𝑛𝑒𝑑 𝑡𝑜 𝑒𝑛𝑔𝑎𝑔𝑒 𝑠𝑡𝑢𝑑𝑒𝑛𝑡𝑠 𝑖𝑛 𝑓𝑢𝑛, ℎ𝑎𝑛𝑑𝑠-​𝑜𝑛 𝑎𝑐𝑡𝑖𝑣𝑖𝑡𝑖𝑒𝑠 𝑡ℎ𝑎𝑡 𝑡𝑒𝑎𝑐ℎ 𝑆𝑇𝐸𝑀 (𝑆𝑐𝑖𝑒𝑛𝑐𝑒, 𝑇𝑒𝑐ℎ𝑛𝑜𝑙𝑜𝑔𝑦, 𝐸𝑛𝑔𝑖𝑛𝑒𝑒𝑟𝑖𝑛𝑔, 𝑎𝑛𝑑 𝑀𝑎𝑡ℎ𝑒𝑚𝑎𝑡𝑖𝑐𝑠) ​𝑐𝑜𝑛𝑐𝑒𝑝𝑡𝑠

𝑇ℎ𝑒𝑦 ℎ𝑒𝑙𝑝 𝑠𝑡𝑢𝑑𝑒𝑛𝑡𝑠 𝑑𝑒𝑣𝑒𝑙𝑜𝑝 𝑐𝑟𝑖𝑡𝑖𝑐𝑎𝑙 𝑡ℎ𝑖𝑛𝑘𝑖𝑛𝑔 𝑎𝑛𝑑 𝑝𝑟𝑜𝑏𝑙𝑒𝑚-𝑠𝑜𝑙𝑣𝑖𝑛𝑔 𝑠𝑘𝑖𝑙𝑙𝑠 𝑡ℎ𝑟𝑜𝑢𝑔ℎ ​𝑖𝑛𝑡𝑒𝑟𝑎𝑐𝑡𝑖𝑣𝑒 𝑎𝑛𝑑 𝑐𝑟𝑒𝑎𝑡𝑖𝑣𝑒 𝑐ℎ𝑎𝑙𝑙𝑒𝑛𝑔𝑒𝑠!


Kru SKSTV :

𝗣𝗻 𝗡𝘂𝗿 𝗜𝘇𝘇𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗕𝗼𝗿𝗵𝗮𝗻


Hari Anugerah Cemerlang S​K Senai

23 Jun 2024​

Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah dan saguhati di atas usaha yang berterusan. ​Diharapkan semua murid dapat terus mengekalkan kecemerlangan dan menjadi pembakar ​semangat kepada seluruh warga SK Senai. 𝗧𝗮𝗵𝗻𝗶𝗮𝗵!


Kru SKSTV :

𝗣𝗻 𝗡𝘂𝗿 𝗜𝘇𝘇𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗕𝗼𝗿𝗵𝗮𝗻

𝗔𝗹𝗶𝗮 𝗠𝗮𝗶𝘀𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗟𝗶𝗮𝘀 (𝟲𝗚)


Mesyuarat A​gung PIBG SK Senai

23 Jun 202​4

Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama ibubapa yang hadir dan menyumbang ​idea serta respon di dalam mesyuarat yang diadakan. Terima kasih juga diberikan kepada 𝘼𝑱𝙆 𝙋𝑰𝘽𝑮 ​𝑺𝙆 𝙎𝒆𝙣𝒂𝙞 𝙨𝒆𝙨𝒊 2022/2024 yang telah memberikan seluruh komitmen menjadikan kebajikan SK ​Senai, sekolah yang lebih baik.


Kru SKSTV :

𝗣𝗻 𝗡𝘂𝗿 𝗜𝘇𝘇𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗕𝗼𝗿𝗵𝗮𝗻

𝗔𝗹𝗶𝗮 𝗠𝗮𝗶𝘀𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗟𝗶𝗮𝘀 (𝟲𝗚)


Lawatan Penanda Aras ICT & TVPSS SJKT Kangkar Pulai

13 Jun 202​4

Buat makluman semua, pihak SK Senai telah menerima kunjungan dari SJKT Kangkar Pulai bagi ​𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐀𝐫𝐚𝐬 𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐈𝐂𝐓 & 𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐓𝐕𝐏𝐒𝐒. Kami amat menghargai dan berterima kasih atas ​usaha Cikgu Mages (Guru Perpustakaan dan Media), Cikgu Kaviventhan (Penyelaras ICT), Cikgu ​Theebann (Penyelaras TVPSS) dan murid Bridge Bestari yang sudi datang melawat ke 𝗦𝗲𝗻𝗮𝗶 𝗗𝗶𝗴𝗶𝘁𝗮𝗹 ​𝗛𝘂𝗯 & 𝗦𝗲𝗻𝗮𝗶 𝗞𝗿𝗲𝗮𝘁𝗶𝘃𝗲 𝗦𝘁𝘂𝗱𝗶𝗼.


Kru SKSTV : Qaish Qaszril (6G), Uzma Rania (6G)

Go​tong-Royong Madani Kali ke-2 SK Senai

8 Jun 2024

Terima kasih diucapkan kepada semua guru, murid, ibubapa dan tidak lupa juga bagi mereka yang tu​rut hadir memerah keringat dan melibatkan diri bersama-sama membantu bergotong​-royong membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah SK​ ​Senai.


Kru SKSTV : Pn Nur Izzah binti Borhan

Petrosains Science Drama Competition Southern Zone

6 Jun 2024​

Buat makluman semua, TVPSS SK Senai telah berpeluang dan berkhidmat sebagai AJK Liputan dan ​Publisiti bagi program Petrosains Science Drama Competition Southern Zone dengan kerjasama ​Jabatan Pendidikan Negeri Johor.


Kru SKSTV : Qaish Qaszril (6G), Cyrus Loke (6G), Alia Maisarah (6G), Danisha​ Azzahra (6B)

Petrosains Science Drama Competition Southern Zone ​(Rehea​rsal)

5 Jun 2024

Buat makluman semua, TVPSS SK Senai telah berpeluang dan berkhidmat sebagai AJK Liputan dan ​Publisiti bagi program Petrosains Science Drama Competition Southern Zone dengan kerjasama ​Jabatan Pendidikan Negeri Johor.


Kru SKSTV : Qaish Qaszril (6G), Cyrus Loke (6G), Alia Maisarah (6G), Danisha​ Azzahra (6B)

Ma​jlis Hari Guru SK Senai

16 Mei ​2024

Pada tanggal 16 Mei 2024 yang lalu, pihak SK Senai telah mengadakan program 𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗶 ​𝗚𝘂𝗿𝘂 untuk meraikan semua guru SK Senai serta guru di Malaysia.


Pautan video Intro Guru: https://youtu.be/kYvkfB3X7q4?si=nGtqiRMQ-uVV5MdH


𝘽𝒖𝙣𝒈𝙖 𝙢𝒂𝙬𝒂𝙧 𝙙𝒊 𝒕𝙖𝒎𝙖𝒏 𝒃𝙚𝒓𝙙𝒖𝙧𝒊,

𝑯𝙖𝒓𝙪𝒎 𝒔𝙚𝒎𝙚𝒓𝙗𝒂𝙠 𝙢𝒆𝙣𝒚𝙚𝒏𝙜𝒂𝙩 𝙝𝒂𝙩𝒊.

𝙏𝒆𝙧𝒊𝙢𝒂 𝒌𝙖𝒔𝙞𝒉 𝒈𝙪𝒓𝙪 𝙮𝒂𝙣𝒈 𝒃𝙚𝒓𝙗𝒖𝙙𝒊,

𝙄𝒍𝙢𝒖 𝒅𝙖𝒏 𝒌𝙖𝒔𝙞𝒉 𝒕𝙞𝒅𝙖𝒌 𝒕𝙚𝒓𝙥𝒆𝙧𝒊.


Kru SKSTV: Qaish Qaszril (6G), Alia Maisarah (6G), Farah Dina (6E) Adriana Afiqah (6E)


Sambutan Hari Raya SK Sen​ai

2 Mei 2​024

Buat makluman semua pada 2 Mei 2024,


Pihak SK Senai telah mengadakan Sambutan Hari Raya. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah ​pemb​e​rian duit raya, persembahan serta jamuan raya meng​ikut kelas.


Kru SKSTV : Suci Nur Raisha (6E), Farah Dina (6E)

Wa​tikah Pelantikan Pemimpin Muda SK Senai

29 April 2024​

Tahniah kepada semua murid yang telah dilantik secara rasmi. Semoga dapat menggalas ​tanggungjawab dengan amanah dan tulus ikhlas buat pihak sekolah, rakan-rakan dan diri ​sendiri.


Pautan buku program: https://anyflip.com/vydln/woxs/


Kru SKSTV: Pn Nur Izzah binti Borhan


Ke​johanan Merentas Desa SK Senai

28 April​ 2024

Buat makluman semua pada 28 April 2024,


Pihak SK Senai telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah. Tahniah kepada ​para atlet yang memenangi pingat dan seterusnya maju ke Kejohanan Merentas Desa peringkat ​seteru​s​nya.


Kru SKSTV : Pn Nur Izzah binti B​orhan

Pameran KRMJ Pendidikan Islam JPN Johor

22 April 2024

Pihak SK Senai amat berbesar hati apabila dapat menyertai 𝐏𝐚𝐦𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐑𝐌𝐉 (𝐊𝐚𝐫𝐚𝐤𝐭𝐞𝐫 𝐌𝐮𝐫𝐢𝐝 ​𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫) 𝐉𝐏𝐍𝐉 yang telah dianjurkan di Hotel KSL, Johor Bahru.


SK Senai berkongsi tentang Strategi Pelaksanaan Khatam Al-Quran 100% di peringkat sekolah ​yang diketuai oleh Panitia Pendidikan Islam SK Senai.


Kru SKSTV: Alia Maisarah bt Lias (6G), Uzma Rania (6G)


Kunjungan Mesra oleh KPM, JPN Johor dan PPD Kulai

05 Februari 2024

Buat makluman semua pada minggu pertama persekolahan, pihak sekolah kami berbesar hati telah menerima


Kunjungan Mesra oleh Pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah Kulai ke SK Senai bagi melihat aktiviti yang dijalankan pada minggu pertama persekolahan.


Krew SKSTV : Cyrus Loke (5G), Alia Maisarah (5G)

Majlis Penyerahan Sumbangan Monitor oleh BPM KPM

05 Februari 2024

“Pendidikan digital pada masa kini bukan hanya sebuah pilihan, tetapi sebuah keperluan”


Pihak Sekolah Kebangsaan Senai amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak

𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒌𝒍𝒖𝒎𝒂𝒕, 𝑲𝒆𝒎𝒆𝒏𝒕𝒆𝒓𝒊𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒏𝒅𝒊𝒅𝒊𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 (𝑩𝑷𝑴 𝑲𝑷𝑴) atas sumbangan 12 𝑢𝑛𝑖𝑡 𝑠𝑘𝑟𝑖𝑛 𝑘𝑜𝑚𝑝𝑢𝑡𝑒𝑟 untuk kegunaan makmal komputer sekolah. Terima kasih

tak terhingga atas kesudian menyumbangkan 12 𝑢𝑛𝑖𝑡 𝑠𝑘𝑟𝑖𝑛 𝑘𝑜𝑚𝑝𝑢𝑡𝑒𝑟 bagi memupuk pendidikan digital dalam komuniti sekolah kami.


Krew SKSTV : Cyrus Loke (5G), Alia Maisarah (5G)


Kunjungan Mesra bersama SKTSP & SJKC Senai

05 Februari 2024

Buat makluman semua, SK Senai berbesar hati telah menerima kunjungan beberapa orang guru dari SK Taman Sri Pulai dan SJKC Senai bagi program:


  1. Perkongsian Amalan Baik Program Khatam Quran

2. Lawatan ICT ke Senai Digital Hub


Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian mengunjung dan bersama-sama menuntut ilmu untuk peningkatan kefahaman bersama.


Krew SKSTV : Cyrus Loke (5G), Alia Maisarah (5G)

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Senai

01 Februari 2024

Tahniah diucapkan bagi semua Graduan yang telah menamatkan Sesi Akademik 2023/2024 di Sekolah Kebangsaan Senai.


Semoga terus cemerlang diucapkan kepada semua murid Tahun 6 yang bakal memasuki ke alam Sekolah Menengah!


Krew SKSTV : Alia Maisarah (5G)


Majlis Graduasi Prasekolah SK Senai 2023/2024

07 Januari 2024

“Education is not the filling of the pail, but the lighting of a fire”


Tahniah diucapkan bagi semua murid yang telah menamatkan sesi prasekolah bagi sesi Akademik 2023/2024 yang telah diadakan di KSL Hotel, Johor Bahru pada 7 Januari 2024.


Pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Graduasi SK Senai bagi Sesi Akademik 2023/2024.


Krew SKSTV : Cyrus Loke (5G), Nur Amni Insyirah (3G)

Majlis Persaraan En Ishak bin Abdul Jalil

14 Disember 2023

Pandai terbilang putera perkasa,

Tengok puteri akar dicari,

Andai ada ruang dan masa,

Jenguklah kami bugarkan memori.


Selamat bersara kami ucapkan kepada Cikgu Ishak. Ribuan terima kasih dan ucapan penghargaan kepada cikgu atas segala jasa, khidmat, bantuan, kerjasama, pengorbanan, komitmen dan tunjuk ajar sepanjang cikgu berkhidmat sebagai guru di bumi SK Senai ini. Semoga SK Senai meninggalkan kenangan yang terindah untuk cikgu


Krew SKSTV : Cyrus Loke (5G), Alia Maisarah (5G)


Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok & Vape

13 Disember 2023

Pada tanggal 13 Disember 2023, telah diadakan Majlis Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok & Vape peringkat SK Senai 2023.


Antara aktiviti yang telah dilaksanakan : Senamrobik, Taklimat Hidup Sihat oleh Inspektor Aliah, Tayangan Video, Pertandingan Mewarna & Melukis Poster


"Katakan tidak kepada rokok dan vape"


Krew SKSTV : Cyrus Loke (5G), Qaish Qaszril Azrin (5G), Syaza Qistina (6G), Nuren Alesya (6G)


Lawatan Sejarah Kompleks Sultan Abu Bakar

5 Disember 2023

SK Senai telah menganjurkan satu lawatan ke Kompleks Sultan Abu Bakar yang merupakan warisan kejayaan kesultanan Johor. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Kompleks Sultan Abu Bakar atas peluang yang diberi kepada murid-murid SK Senai untuk mendapat pengetahuan dan penghargaan yang lebih mendalam tentang Johor dan Malaysia.


Murid terlibat : Tahun 4, 5, 6

Penyelaras. : Pn. Azariah

Guru Pengiring : En. Mohd Fadzley, Pn. Azwanie, Pn. Noraini, Pn. Saidah

Krew SKSTV : Az'Khalish Nasuha (6B)


Sambutan Hari Kanak-Kanak SK Senai 2023

30 November 2023

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959, setelah pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Hari Kanak-Kanak Sedunia dan meminta semua negara meraikannya setiap tahun sebagai satu hari bagi persaudaraan dunia dan persefahaman dalam kalangan kanak-kanak. Sebagai membuktikan keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak, pihak sekolah SK Senai turut serta meraikan Hari Kanak-Kanak Sedunia pada 30 November 2023 yang lepas. Terima kasih diucapkan kepada barisan jawatankuasa Unit Bimbingan & Kaunseling yang menjayakan sambutan pada kali ini!


Krew SKSTV : Syaza Qistina (6G), Nuren Alesya (6G), Alya Firzanah (6G), Mimi Erra Syaqerra (6G), Muhd Aimanuddin (6B), Cyrus Loke (5G), Qaish Qazril Azrin (5G), Alia Maisarah (5G)

Hari Keusahawanan SK Senai 2023

5 November 2023

Pada 5 November yang lalu, SK Senai telah mengadakan Hari Keusahawanan peringkat sekolah.


Aktiviti yang dijalankan : Jualan Gerai Makanan, Jualan Permainan dan Aksesori, Jualan Barangan Terpakai, Mini Zoo, Pancing Ikan, Karaoke, Rumah Hantu, Sewa Beca, Aktiviti Kanak- Kanak, Soopa Doopa, Scooter Elektrik, Trampolin, Cabutan Bertuah


Terima kasih bagi semua yang datang memeriahkan Hari Keusahawanan kami! Tidak lupa juga bagi semua guru dan AJK yang membanting tulang memastikan program kali ini berjalan lancar


Krew SKSTV : Az’Khalish Nasuha (6B), Aaryan Zaqqwan (5B)

Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan 2023

30 Oktober 2023 - 1 November 2023

Seramai 12 murid bersama 4 guru pembimbing dari TVPSS Senai Kreative Studio (SKSTV) telah diberi amanah untuk bertugas selama 3 hari di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor sebagai Jawatankuasa Multi Camera Production bagi Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan 2023.


Bagi menjayakan program ni, SKSTV telah menjalankan penerbitan live streaming dengan menggunakan 4 kamera statik & 2 kamera bergerak yang dikawal sepenuhnya oleh murid.


Terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor atas kepercayaan yang diberi dan tahniah bagi semua krew yang terlibat! Semoga kemenjadian murid lebih cemerlang di SK Senai.


Krew SKSTV : Syaza Qistina (6G), Nuren Alesya (6G), Alya Firzanah (6G), Mimi Erra Syaqerra (6G), Az’Khalish Nasuha (6B), Puteri Nur Qaseh Arrayan (6B), Muhd Aimanuddin (6B), Muhd Lutfi Akif (6B), Cyrus Loke (5G), Qaish Qazril Azrin (5G), Alia Maisarah (5G), Aaryan Zaqqwan (5B)

Hari Sukan Negara 2023

16 Oktober 2023

Sempena dengan Hari Sukan Negara, SK Senai telah mengadakan aktiviti senamrobik dan seterusnya Kejohanan Tarik Tali Antara Kelas bagi murid sesi pagi. Tahniah bagi kelas-kelas yang berjaya meraih kemenangan!


#HariSukanNegara2023 #FitMalaysia


Krew SKSTV : Syaza Qistina (6G), Alia Maisarah (5G), Aaryan Zaqqwan (5B)


Pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri 2023

25 - 26 September 2023

8 murid dari TVPSS Senai Kreative Studio (SKSTV) telah menunjukkan bakat dan kemahiran mereka sebagai jawatankuasa Multi Camera Production semasa Yayasan Johor Corporation Choral Speaking Competition peringkat negeri Johor yang diadakan baru-baru ini. Krew SKSTV diamanahkan untuk menguruskan aspek-aspek teknikal seperti rakaman video, audio, dan penyiaran secara langsung (live streaming) untuk pertandingan ini.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Yayasan Johor Corporation kerana percaya kepada SKSTV walaupun ini merupakan pengalaman pertama murid.


Krew SKSTV : Syaza Qistina (6G), Nuren Alesya (6G), Alya Firzanah (6G), Az’Khalish Nasuha (6B), Cyrus Loke (5G), Qaish Qazril Azrin (5G), Alia Maisarah (5G), Aaryan Zaqqwan (5B)

Minecraft Mall Discovery 2023

24 September 2023

20 murid SK Senai telah menyertai Minecraft Education Exhibition: Minecraft Mall Discovery yang diadakan di Sunway Big Box Retail Park, Iskandar Puteri. Mereka telah diberi peluang untuk meneroka dunia Minecraft melalui aplikasi Minecraft Education Edition, dimana murid dapat mencipta, bermain, dan belajar dalam persekitaran maya yang menarik dan interaktif.


Melalui penglibatan ini, murid SK Senai telah mempelajari dan mengamalkan kemahiran-kemahiran penting seperti Kreativiti, Pemikiran Kritikal, dan Kemahiran Kolaborasi. Mereka juga berpeluang mengikuti bengkel Hour of Code yang memperkenalkan asas koding kepadamurid SK Senai.


Terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor atas peluang yang diberi kepada murid kami.


Krew SKSTV : Alia Maisarah (5G)


Hubungi Kami

Hubungi Kami

Office Phone Icon

+60 7-599 6648

email

jba8011@moe.edu.my

facebook icon vector
Play Button

Hak Cipta Terpelihara © Sekolah Kebangsaan Senai

Tarikh Kemaskini : 10 Januari 2024

Dibina oleh: En Joel Peh Jian Pin